
"Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar," katanya.
Advertisement
"Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran. Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat."
Luahan Mizz Nina selepas menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama anak angkatnya , Musa. Sebelum berangkat ke sana, Mizz Nina telah memberikan pendedahan awal dengan menunjukkan video tentang ibadah haji kepada Musa. Mizz Nina juga berdoa agar anaknya menjadi insan yang baik akhlak dan budi pekertinya.
Kredit: Artis Malaysia