Skip to main content

Advertisement

Hiburan

10 Momen Terbaik Datuk Seri Siti Nurhaliza Sebelum Bergelar Seorang Ibu

9 momen terbaik datuk seri siti nurhaliza sebelum bergelar seorang ibu

Alhamdulillah, akhirnya Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Katanya, Tokti dan Datuk K sengaja memilih hari ini kerana jatuh pada 1 Rejab dan ingin mengambil keberkatan bulan Islam ini.

Advertisement

Tapi, sebelum beliau beranak kami melihat pelbagai momen yang menarik dan rasa sangat rugi kalau tak berkongsi dengan korang. Jadi, jom kita tengok momen-momen Tok Ti sebelum bergelar seorang ibu

1. Sidang Media Mengumumkan Keadaan Siti

Waktu ni boleh dikatakan antara detik paling bersejarah untuk Malaysia. Sidang media yang diadakan di kediaman Datuk Seri Siti itu mendapat liputan seluruh media tempatan dan antarabangsa. Dan siding media ini juga menjawab segala spekulasi nakal sebelum ini.

 

Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA. 3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

2. Terima Darjah Kebesaran yang Membawa Gelaran Datuk Seri- 24 Oktober 2017

 

Kenyataan media: Pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang dan sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri. Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya. Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza. Sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Mungkin rezeki anak, Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran dari KDYMM Tuanku Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri.  Dan memang berbaloi lah Datuk Seri Siti Dapat gelaran ni. Dah 21 tahun beliau dalam industry dan memang beliau banyak sumbangan untuk Negara. Untung betul!

3.  Tok Ti Drop Hint Jantina Anak

Kalau korang perasan dalam post ni, Tok Ti ada  bagi satu hint tentang jantina anaknya melalui caption gambar ni.

4. Sempat Menyanyijan Lagu Untuk Majlis Perkahwinan Adib Dan Izara

Walaupun tengah sarat mengandung, Tok Ti sempat menyanyi beberapa buah lagu ketika majlis perkahwinan Adib dan Izara. Memang sangat awesome dan sweet momen ni. Untung Izara dapat mak penyanyi terkenal.

5. Sambutan Hari Lahir Siti Nurhaliza

 

Tq my dear Datin @aiza_mokhtar ..🎈🎈🎈😘😘😘

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti Nurhaliza juga sempat menyambut hari lahirnya yang ke 39.

6. Hadiah Hari Lahir

Melihat gambar ni membuatkan kami rasa sangat bertuah menjadi anak Siti Nurhaliza. Belum lahir lagi tapi dah disayangi ramai. Mesti lepas ni anak beliau akan menjadi perhatian orang ramai.

7. Raikan Peminat

 

❤️ULANGTAHUN RASMI SITIZONE KE-14 & DS SITI NURHALIZA KE-39❤️🎂🍰 PENGANJUR: SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (M) SDN.BHD @ctdk @rozisangdewi @saidaapitzaramiz @cteafairuz @aiman_kesah PENAJA-PENAJA MIRESCO INTEGRATED SDN BHD @imizu_official UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA @universalmusicmalaysia VIVO @vivomalaysia DATO’ SRI SITI NURHALIZA/SNP @ctdk SIMPLYSITI @officialsimplysiti CREACION AND SIMPLYSITI @creacionbysitinurhaliza . SALIHIN CONSULTING GROUP @salihinpremier ARIANI @galeriariani JAKEL @jakeltextile EMPAYAR ANAK SENI @anakseniiofficial THE ROYALE CHULAN HOTEL & RESORT @royalechulankl @royalechulanseremban @royalechulanpenang AIDIJUMA @aidijuma KINRARA RESORT @kinrararesort . ARYANA CANDY BUFFET @aryanacandybuffet_officialpage JEUNESSE GLOBAL (PS SENNIE) @jeunessehq BYKHM MEDIA @khairulhakiminmuhammad BLACKOUT & JUSTICA (KASTURI EMAS) @blackout.justicaofficial EZUWAN ISMAIL @ezuwanismail ZEEL PRODUCTION @zeelproduction . SUSU KAMBING BY EPIE TEMERLOH @epie_temerloh ARCO.MY @arco.my LOVELILY KL & NATASYA ATIQA @lovelilykl @budakcomol AKIS FOOD @akisfood CAPTAIN SHAHIR BAKERY @captainshahirbakery NAJIB’s BAKERY @najibsbakery ANNABELLE ROSE SCARVES BY 3 SIBLING @annabellerosescarves OWN DESIGN BOOK @owndesignbook . L n K @lnkmultivision PRECIOUS OVEN @preciousoven HANI SUGAR BAKERY @hanisugarbakery ADORE N CHANTIQUE CAKES @adore_n_chantique_cakes ALUYA KITCHEN @aluyakitchen JEJAKA FACIAL SPA @jejaka_facialspa G EXCELLENT RESOURCES @official_bygqueen KIET PHASSAKORN (SITIZONER) @kiet_phassakorn SITI EVENTS SINGAPORE (SITIZONER) JURUFOTO RASMI- KAKI FOTO @kakifoto_ PEMBANTU JURUFOTO @ridzidrs JURUVIDEO RASMI- RASAFILM.CO @rasafilm.co . Terima kasih di atas kerjasama semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sitizoner, @ctdk, SNP, para penaja yang budiman dan semua yang membantu kami. #Sitizone14 .

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti Nurhaliza sangat terkenal dengan sifatnya yang suka menghargai para peminat. Walaupun sedang sarat mengandung beliau tetap turun dan menyertai ulangtahun rasmi sitizone ke-14. Sifat ini juga lah yang membuatkan beliau sentiasa disayangi peminatnya tidak kira jantina, umur dan bangsa.

8. Reveal The Gender

 

Waiting for baby girl 🤰🏻💐💐💐

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Setelah berteka-teki, akhirnya beliau telah mengumumkan jantina anaknya. And it is GIRL!

9. Mufti Menk beri ucapan agar segalanya dipermudahkan dan selamat buat Dato' Sri Siti Nurhaliza 

10.  Dan Akhirnya, Tok Ti Selamatkan Bayi Perempuan seberat 3.55 kg

 

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dan pada tanggal 19 Mac 2018, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital pada jam 8:17 pagi. Siti yang telah dibedah itu melahirkan rasa syukur yang teramat sangat melalui post instagram-nya.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini