Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabil Ahmad Hidupkan Kembali Animasi Kanak-Kanak Zaman Dahulu Dalam ‘Lu Pikir La Nabil’

Selebriti versatil dan penyampai radio ERA, Nabil Ahmad kembali dengan naskah terbaharu selepas kejayaan filem Mat Bond.

Siri animasi Lu Pikir La, Nabil! ini menceritakan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang-orang kampung.

Advertisement

nabil ahmad hidupkan kembali animasi kanak-kanak zaman dahulu dalam ‘lu pikir la nabil’

Malah, animasi ini merupakan animasi selebriti pertama di Malaysia dengan penceritaan dan idea asal juga daripada Nabil sendiri.

Animasi Lu Pikir La, Nabil! sesuai untuk tontonan seisi keluarga khususnya remaja berusia 17-24 tahun.

Menariknya, nama dan watak dalam animasi ini adalah nama sebenar di kampung Nabil Ahmad dan diinspirasikan kisah hidup kanak-kanaknya.

Pengacara program MeleTOP ini turut menggunakan bahasa atau loghat percakapan di kampung iaitu loghat Negeri Sembilan dan mengetengahkan animasi seakan zaman dahulu kala yang berkonsepkan animasi 2D.

nabil ahmad hidupkan kembali animasi kanak-kanak zaman dahulu dalam ‘lu pikir la nabil’

Animasi ini bertemakan lawak, persahabatan, aksi, dan superhero pasti akan membuatkan anda sekeluarga terhibur.

Saksikan animasi Lu Pikir La, Nabil! Eksklusif hanya di saluran YouTube rasmi MeleTOP.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini