Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Masuk Dalam Industri Seni, Kena Terima Kritikan - Nabil Ahmad

“Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad

Salah satu penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad berkata mereka yang baru saja masuk dalam industri seni atau hiburan hendaklah belajar untuk menerima kritikan.

Advertisement

Kenyataan ini beliau kongsikan menerusi segmennya dalam 3 Pagi ERA apabila Radin yang merupakan rakan penyampai bertanya tentang kritikan negatif yang pernah Nabil terima di media sosial sepanjang perjalanannya menjadi seorang selebriti.

“Dalam industri ni kit akene sedar dan terima segala kritikan sebab tak semua orang suka kita.

“Kerjaya ini aka nada dua puak iaitu ‘lover’ iaitu para peminat dan ‘hater’ macam Shila Amzah kongsikan, kita kene terima keadaan ni dan belajar terima kritikan mereka”, ujar Nabil.

Selain itu, Nabil juga berkongsi bahawa beliau banyak belajar tentang kehidupan menerusi  ceramah salah seorang penceramah terkenal dari Indonesia, Ustad Abdul Somad.

“Ustad Somad pernah berkongsi, kalua kita hidup atas pujian dan mati sebab kejian maksudnya kit ani taka da iman,” tambah Nabil.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini