Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabil Dan Sherry Terkejut Bila Neelofa Borak Dengan Kembar Seiras Secara Live

Dalam rancangan MeleTOP semalam, buat sekian kalinya Neelofa telah dijemput sebagai tetamu jemputan bersama hos Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Selain berborak mengenai perkembangan terbaru, Neelofa telah dikejutkan dengan satu panggilan video secara langsung bersama seorang wanita yang mempunyai wajah seiras dengannnya.

Advertisement

nabil dan sherry terkejut bila neelofa borak dengan kembar seiras secara live

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nur Afina Balqis sebelum ini pernah menjadi tular dilaman sosial selepas wajahnya dikatakan mirip seakan-akan Neelofa.

Malah ketika panggilan video berkenaan diadakan, Nabil dan Sherry juga seakan tidak percaya selepas melihat wajah Nur Afina.

Dalam masa sama, Nur Afina turut menjawab soalan daripada Nabil berkenaan perancangan untuk melibatkan diri dalam dunia hiburan dan ujarnya bahawa dia masih belum ada perancangan lagi namun andai ada rezeki, tak salah jika dia mencuba.

nabil dan sherry terkejut bila neelofa borak dengan kembar seiras secara live

Sebelum ini, Neelofa pernah juga dikaitkan dengan seorang kembar cilik iaitu Che Naura Auni dan pernah juga dijemput ke set MeleTOP.

Ramainya kembar Neelofa!

ERA Muzik Hit Terkini