Pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun pada 26 September, hari ini.
Turut meriah disambut oleh Adik Amir, peserta program Astro Ceria ‘The Chosen One’ yang hadir ke studio bagi segmen 3PagiERA bersama Radin, Pak Azad dan Nabil.
Advertisement
Apa yang istimewanya, Adik Amir menghadiahkan Nabil ‘Tongkat Ali’ sebagai hadiah ulang tahunnya.
Terkejut dengan hadiah yang dibawa oleh Adik Amir yang dibungkus dalam plastik putih, Nabil sempat berjenaka menjelaskan dirinya tiada masalah kesihatan.
‘Adik ingat abang ada masalah kesihatan ke? Bagi tongkat ali ni, Abang tau sihat walafiat’ kata Nabil selepas menerima hadiah istimewa itu.
Namun, Nabil tidak henti mengucapkan terima kasih buat Adik Amir sebagai tanda menghargai hadiah yang diterimanya.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Nabil Ahmad.