Sebelum ini tular foto pelakon, Nabila Huda yang bergambar bersama seekor anjing baka Husky, seperti yang dikongsikan dilaman Instagram beliau.

Advertisement
Namun begitu, tindakan Nabila ini telah mendapat perhatian PU Syed dan beliau menegur aksi tersebut di laman Instagram beliau.
Tidak mahu dilabel sebagai seorang yang membawa pengaruh negatif, Nabila Huda tampil dalam satu video membidas teguran PU Syed itu sambil menjelaskan dia memegang anjing dalam keadaan kering dan telah samak/sertu selepas itu.
Tambah pelakon ini lagi, apa yang dimuatnaik olehnya dimedia sosial adalah hak individu dan menyifatkan teguran oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan seolah hanya mahu meraih populariti semata-mata.
“Tak payah nak la buat write up tulis kat Twitter. Nak buat apa? Nak glamour? Nak nama you naik? You nak tunjuk kat semua orang yang you are God? Why?
“Lepas tu tak payah la nak sebut pasal selebriti. Aku paling pantang betul lah. Bila orang sikit-sikit nak sebut pasal selebriti. Selebriti bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?,” katanya.
Terbaru, PU Syed juga tampil membalas kenyataan oleh Nabila Huda dalam satu video pendek dilaman Instagram.

Apa pula kata anda?
Sumber: Instagram