Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Nabila Huda Persoal Kenapa Kena Bayar Yuran Full Sekolah, Tapi Belajar Online?

Justeru beliau kini mencari guru yang boleh mengajar anaknya subjek penuh di rumah
Editor
19 Jan 2021, 03:40 PM

Ekoran daripada peningkatan kes jangkitan COVID-19 ketika ini, kebanyakkan pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, kecuali kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.

nabila huda persoal kenapa kena bayar yuran full sekolah, tapi belajar online?

Namun bagi pelakon, Nabila Huda, beliau mempersoalkan mengapa perlu membayar yuran penuh persekolahan, sekiranya pelajar perlu belajar online.

“Online classes still nak kena bayar full payment tak logic langsung la.. Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai facilities cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kite nak kena terus membayar macam ni,” katanya.

Tambah pelakon berusia 36 tahun ini, tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan pembelajaran secara atas talian, meskipun ia adalah satu norma baharu.

“Kenapa kite nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memang la orang akan cakap taktau belajar lah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu takde masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran. Tak boleh ke sekolah bertolak ansur jugak faham situation kami macam kami faham situation korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak ok langsung cara ni. This is Not fair for us..”, katanya lagi dalam satu hantaran di Instagram.

Ekoran dari itu, beliau nekad untuk mencari mana-mana guru yang sanggup mengajar anaknya di rumah meskipun dahulu beliau tidak menggemari kaedah pembelajaran seperti itu.

“This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu i memang pangkah sama sekali home school sebab i nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood. Tapi dalam keadaan skarang, i dah takde pilihan..ok now, i sedang mencari teacher yang boleh ajar my daughter full subject.”

Perkongsian Nabila Huda di Instagramnya ini nyata menarik perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dan mempunyai pendapat masing-masing.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}