Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Razali Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Gara-Gara Masalah Peti Suara

Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menolak tawaran menyanyi serta kerja yang memerlukannya banyak bercakap kerana masalah peti suara yang dialami belum pulih sepenuhnya.

nabila razali terpaksa tolak tawaran menyanyi gara-gara masalah peti suara

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Peluang Kedua ini, beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana kesan jangka masa panjang amatlah bahaya.

Beliau sedar akan masalah ini ketika melakukan persediaan untuk sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini dan segera mendapatkan rawatan.

Doktor yang merawat Nabila juga memberitahu masalah ini memang berkait dengan kesihatannya dan ia juga pernah terjadi kepada rakan artis lain yang memerlukan masa berbulan malah bertahun untuk pulih.

Meskipun terpaksa akur dengan masalah yang dialami, beliau bersyukur kerana rezeki lain seperti duta produk menjadi semakin murah ketika ini.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini