Minggu lepas tular gambar dan gosip mesra yang mengaitkan penyanyi lagu Cemburu, Nabila Razali bersama pelakon Aedy Ashraf.

Dipetik daripada laman Media Hiburan, Nabila mengakui bahawa hubungannya bersama pelakon tersebut hanya sekadar kawan.
Advertisement
“Kami hanya berkawan dan sudah berkenalan dalam sebulan yang lalu. Untuk bercakap tentang cinta itu belum masanya lagi, sebab kami hanya berkawan”
Turut ditanya adakah hubungan tersebut sekadar gimik filem atau drama, Nabila menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk berkongsi sebarang gambar di media sosialnya, sama seperti kawan-kawan lain.

Tambah Nabila, Aedy adalah seorang lelaki yang matang, ceria dan protective dan meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.
Sumber: Media Hiburan