Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Razali Kecewa Dituduh Jual Diri Untuk Dapatkan Job

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah menerima pesanan daripada individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

nabila razali kecewa dituduh jual diri untuk dapatkan job

Advertisement

Menurut pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 28, tuduhan itu telah membuatkan dirinya merasa sedih dan kecewa.

Memetik laporan Kosmo!, Nabila menerima mesej itu ketika beliau berada di set penggambaran sebuah drama.

“Saya terkilan dan kecewa sewaktu terima mesej negatif de­ngan menuduh saya menjual diri untuk mendapatkan pekerjaan.

“Ketika mendapat mesej itu, saya berada di set penggambaran sebuah drama. Seronok sebab masih ditawarkan bekerja ketika pandemik tetapi bila dapat tohmahan seperti itu, memang sangat kecewa,” katanya.

Meskipun ia bukanlah pertama kali dirinya menerima mesej berbaur negatif itu, Nabila berkata mesej kali ini paling teruk dan membuatkannya sedih.

nabila razali kecewa dituduh jual diri untuk dapatkan job

Bagaimanapun, Nabila bersyukur kerana masih ramai yang berada disampingnya memberikan kata semangat serta sokongan khususnya dalam kerjaya.

“Ramai yang mesej beri kata-kata semangat dan meminta saya mengabaikan semua mesej negatif tersebut.

“Tipulah kalau saya katakan tidak terkesan dengan mesej kecaman dan ugutan itu kerana saya juga manusia biasa.

“Apapun, saya harap tiada lagi komen sebegini pada masa depan dan ingin meminta maaf sekiranya ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang saya berada dalam industri,” katanya lagi.

Terdahulu, Nabila telah berkongsi screenshot mesej berkenaan menerusi Instagramnya baru-baru ini, hingga mendapat perhatian ramai khasnya peminat. Bagaimanapun, hantaran itu telah pun dipadam oleh Nabila.

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini