Segala tanda tanya tentang kisah cinta Nabila Razali telah terjawab dimana dia telah bergelar isteri kepada Nik Iruwan pada Sabtu lepas, 18 November 2023.
Nabila sempat berkongsikan bagaimana dia boleh terjatuh hati kepada suaminya kerana ada beberapa ciri menarik pada Nik Iruwan ini membuatkannya sesuai menjadi pasangan hidup. Bella mengungkapkan bahawa Nik Iruwan ini seorang yang memahami dan paling penting matang dalam membuat keputusan dalam menggalas tanggungjawab.
Advertisement

Dia menjelaskan juga bahawa Nik Iruwan tidak menghalang dirinya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini.
Nabila Razali menghadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ buat suaminya dimana segala kisah cintanya terdapat dalam lirik lagu itu kerana Nabila menceritakan kronologi kisah percintaan mereka berdua yang dicipta oleh MFMF.
“Saya sangat gembira dengan lagu ini dan ia ditujukan buat suami tercinta dan juga peminat yang sudah lama mahukan karya baharu”
Lagu Hanya Kamu ini bakal meriliskan versi penuh Hanya Kamu pada 26 November depan.
Sumber Awani