Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Razali Jawab Persoalan Kenapa Hael Beri Lagu Peluang Kedua Padanya

Penyanyi, Nabila Razali telah tampil dengan lagu baru bertajuk "Peluang Kedua", hasi ciptaan Hael Husaini.

dah satu juta view, nabila razali tunai janji beri nombor phone pada peminat

Lagu yang membuatkan pendengar terkesan dengan lirik dan melodinya telah mendapat lebih 2 juta tontonan dalam masa lima hari selepas ia dimuatnaik di Youtube.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut Nabila sendiri, ramai yang mempersoalkan mengapa Hael memberikan lagu ciptaannya itu kepada Nabila Razali.

Tak kurang ada juga yang membandingkan cara nyanyian Hael dan Nabila, sehinggakan Nabila sendiri buka mulut mengenai hal itu.

"Ramai yang persoalkan kenapa Hael bagi lagu Peluang Kedua ni pada Bella. Ramai jugak yang bandingkan cara nyanyian kami.

"First of all Hael is Hael, & I will never be him. He has class on his own. No question about that. Tak salah kalau kita nak puji seseorang tu, tapi bukan dengan menjatuhkan orang lain.

"Setiap manusia dilahirkan dgn kelebihan & kekurangan masing-masing. Jadi janganlah kita menghukum seseorang itu hanya kerana dia tak sempurna dimata kita.

"So why Hael gave this beautiful song to me? I guess biarlah hanya kami yang tahu", tulisnya pada ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Second Chance 💔 (@nabila.razali) on

Terdahulu, Nabila Razali telah menunaikan janji untuk memberikan nombor telefon peribadinya kepada peminat andai lagu Peluang Kedua mendapat satu juta tontonan.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini