Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Baju Tak Seksi Sampai Naik Nafsu, Nabila Razali Ulas Isu Baju Jarang

Beberapa hari lalu, penyanyi, Nabila Razali telah menjadi perhatian media apabila beliau dikecam selepas menggayakan baju sepasang baju berwarna putih.

Baju yang dikatakan jarang itu mendapat perhatian ramai walaupun ia dikenakan bersama sehelai lagi baju pada bahagian dalam.

Advertisement

Namun begitu, penyanyi berusia 27 tahun ini berkata, pakaiannya itu tidak seksi sehingga menaikkan nafsu seperti didakwa pengikut dalam Instagramnya.

baju tak seksi sampai naik nafsu, nabila razali ulas isu baju jarang

"Cukuplah orang kecam saya mengenai suara dan sekarang mahu kecam saya perkara berkaitan baju pula sedangkan bukan isu yang besar.

"Cuma apa yang ingin saya sampaikan kepada mereka di luar sana, janganlah terlampau mencari kesalahan," katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Nabila lagi, dia menggayakan baju tersebut bersama baju pada bahagian dalam berwarna merah jambu kerana tidak mahu kelihatan seksi.

baju tak seksi sampai naik nafsu, nabila razali ulas isu baju jarang

Walaubagaimana pun, foto tersebut telah pun dipadam olehnya.

Sumber: Kosmo! Online

baju tak seksi sampai naik nafsu, nabila razali ulas isu baju jarang

ERA Muzik Hit Terkini