Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Suara Dikutuk Sumbang, Nabila Razali Masuk Kelas Belajar Vokal

Penyanyi, Nabila Razali boleh dikatakan kerap mendapat kecaman daripada orang ramai khususnya warganet kerana dikatakan mempunyai suara sumbang.

Disebabkan itu, Nabila kini mengambil inisiatif dengan mengikut kelas vokal bagi memperbaiki teknik nyanyiannya dan mahu melakukan terbaik buat peminatnya.

Advertisement

gara-gara suara dikutuk sumbang, nabila razali masuk kelas belajar vokal

Kelas vokal yang disertai oleh penyanyi itu juga membuatkan dirinya semakin selesa dan melakukannya juga demi kebaikkan dirinya sendiri.

“Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata,” katanya.

Untuk rekod, Nabila mula memasuki industri hiburan tanah air selepas menyertai program Akademi Fantasia 2013 (AF2013).

Sumber: Gempak via Rotikaya

ERA Muzik Hit Terkini