Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terkucil Masa Nyanyi Live, Nabila Razali Dapat Sokongan Rakan Artis

Baru-baru ini, tular video dimana penyanyi, Nabila Razali terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua menerusi program siaran langsung, Mega Raya Ria.

Video yang mendapat perhatian warganet ini telah mengundang pertikaian ramai hingga ada yang mempersoalkan kemampuan vokal Nabila dalam menyanyikan lagu itu.

Advertisement

Selepas mendiamkan diri, Nabila tampil memberikan kenyataan di laman Instagramnya, semalam.

terkucil masa nyanyi live, nabila razali dapat sokongan rakan artis

Menurut Nabila, beliau meminta maaf atas apa yang berlaku sambil berjanji akan membaiki dirinya. Beliau juga tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya kesilapan itu adalah daripada dirinya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis memberikan kata-kata semangat, sambil menitipkan nasihat yang positif kepada penyanyi ini.

terkucil masa nyanyi live, nabila razali dapat sokongan rakan artis

Sumber: Instagram / Twitter

ERA Muzik Hit Terkini