Zaman bercinta tak semuanya indah. Kalau sebelum ini Nabila Razali tak menafikan dan tak mengiyakan hubungannya dengan pelakon Aedy Ashraf, kini penyanyi itu seakan sudah putus cinta! Apa dah jadi ?
Nabila menerusi Instagramnya ada memuat naik beberapa gambarnya bersama Aedy termasuk semasa sambutan hari jadinya baru-baru ini. Tetapi selepas Aedy berkongsi satu gambar di Insta Story bersama wanita lain, Nabila terus memadam semua gambarnya bersama Aedy dan memuat naik satu video.
Bagaimanapun video tersebut telah tiada di Instagramnya. Apa-apa pun, mereka berdua yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Betul tak ?


