Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Susah Sangat Ke Nak Tengok Kebaikan Orang Tanpa Sakit Hati…?” - Nabila Razali

“susah sangat ke nak tengok kebaikan orang tanpa sakit hati…?” - nabila razaliFoto: Instagram

Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali meluahkan rasa kesal apabila ciapan yang dimuat naik di platform Threads disalah tafsir segelintir netizen hingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan pengguna.

Advertisement

Susulan kekeliruan itu, Nabila, 33, tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat di Instagram miliknya.

“Saya mengunggah sesuatu di Threads secara umum, bukan tujukan kepada sesiapa. Tapi pelik bila orang mula komen bukan-bukan dan saling melaga-lagakan,” katanya.

Menurut Nabila, dia hairan dengan sikap sesetengah netizen yang sukar menerima kebaikan orang lain dan lebih gemar mencari kelemahan untuk dijadikan bahan kutukan.

“Susah sangat ke nak jadi manusia yang suka tengok kebaikan orang lain tanpa rasa sakit hati? Kadang-kadang orang tu memang ikhlas, tapi sebab hati kita tak tenang, semuanya nampak palsu,” ujarnya.

Tambah Nabila, sikap suka menilai dan menghukum orang lain berpunca daripada hati yang tidak bersih.

 

 

“Tapi takpelah, kalau itu cara korang rasa diri lebih baik daripada orang lain, teruskanlah. Cuma jangan lupa, mungkin orang yang korang kutuk tu sebenarnya doakan yang baik-baik untuk korang dalam diam,” katanya lagi.

Terdahulu, Nabila mencetus perhatian selepas memuat naik ciapan berbunyi:

⁠“Kalau betullah dalam dunia ni semua orang akan balas baik, mesti dunia ni aman kan? Masalahnya ada ke orang baik lagi sekarang ni? Cer komen jap, Bella nak tengok sikit.”

Ciapan tersebut bagaimanapun disalah tafsir oleh beberapa pengguna hingga menyebabkan Nabila menjadi sasaran komen negatif walaupun kenyataannya bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini