Foto: Facebook
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali meluahkan rasa kesal apabila mendapati ramai pengguna lif di pusat beli-belah seakan mengabaikan sensitiviti terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil atau kereta sorong bayi.
Advertisement
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata pengalaman membawa anak tunggalnya keluar ke mall memberi pencerahan tentang situasi sebenar yang dihadapi oleh ibu bapa lain.
Menurut Nabila, dia jarang membawa anaknya ke pusat beli-belah, tetapi baru-baru ini beberapa kali berbuat demikian. Dari situ dia ‘terbuka mata’ melihat ada pengguna lif terutama pasangan muda yang sihat tubuh badan lebih gemar bermanja-manja dan masuk ke dalam lif tanpa memberi peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti ibu bapa bersama bayi atau kanak-kanak.
“Kadang saya faham mengapa ibu bapa yang bawa bayi dengan kereta sorong sering ‘ngerang’ bila lif penuh.
“Lagi-lagi kalau dalam lif sudah penuh dengan pasangan yang asyik bermanja sampai tak bagi yang nak keluar pun ruang,” tulisnya.
Nabila turut menegur sikap kurang bertimbang rasa apabila sesetengah pengguna lif tidak memberi peluang kepada penumpang lain keluar dahulu sebelum masuk.
Menurutnya, apabila semua masuk serentak tanpa beri ruang, keadaan menjadi sesak dan menyukarkan mereka yang bawa anak atau kereta sorong untuk bergerak keluar.
Bagi Nabila, sikap seperti ini menunjukkan kurangnya kesedaran tentang hormat-menghormati dalam ruang awam. Apabila pengguna lif dilihat kurang mengambil kira keperluan orang lain, terutama yang membawa anak kecil, itu boleh menyukarkan mereka. Yu bukan sahaja dari segi fizikal, malah dari segi emosi.
Walaubagaimanapun Nabila berharap agar masyarakat lebih peka dan sensitif terhadap mereka yang memerlukan keutamaan ketika menggunakan lif.
Penyanyi #BalasBaik itu bagaimanapun menyeru agar pengguna lif memberi ruang kepada wanita hamil, ibu bawa bayi, warga tua atau sesiapa sahaja yang berkeperluan dulu sebelum masuk, supaya suasana lebih selesa dan penuh hormat.
Sumber: Threads