Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nadeera Zaini Wakili Malaysia di ABU Song Festival 2025 di Mongolia

nadeera zaini wakili malaysia di abu song festival 2025 di mongoliaFoto: Instagram

Penyanyi Nadeera Zaini bakal membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa apabila dipilih mewakili negara ke ABU Song Festival 2025 yang dijadual berlangsung di Mongolia pada 13 September ini.

Advertisement

Berita gembira itu dikongsi Nadeera menerusi satu hantaran di Instagram, sambil memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan sepanjang berada di sana.

“Saya ingin berkongsi bahawa saya akan berangkat ke Mongolia bagi menyertai ABU Song Festival yang berlangsung pada 13 September. Saya juga berharap semua dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan,” katanya.

Menurut Nadeera, pemilihannya oleh pihak RTM adalah satu penghormatan besar dan peluang berharga untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Jujurnya saya sangat terharu apabila diberitahu bakal membawa nama Malaysia ke ABU Song Festival 2025. Lagu Bukan Lagi Kita amat dekat di hati saya dan para pendengar, maka saya mahu menyampaikannya dengan sepenuh jiwa sebagai hadiah buat semua,” ujarnya.

Beliau menegaskan, penyertaannya bukan sekadar untuk dirinya tetapi juga buat seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sedar di pentas itu saya bukan sekadar Nadeera, tetapi sebagai anak Malaysia. Setiap nota yang saya nyanyikan adalah doa, harapan dan kebanggaan kita bersama. Insya-Allah, saya akan berikan persembahan terbaik,” tambahnya.

Di festival berprestij itu, Nadeera bakal mempersembahkan lagu hitnya Bukan Lagi Kita, karya yang melonjakkan namanya sebagai salah seorang vokalis terbaik generasi baharu. Persembahan tersebut juga menjadi platform untuk memperkenalkan karya muzik tempatan kepada khalayak antarabangsa.

ABU Song Festival merupakan acara gala tahunan anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) yang menampilkan persembahan muzik daripada artis rantau Asia. Acara ini tidak bersifat pertandingan dan disiarkan secara langsung bagi membolehkan penyiar kebangsaan menambah sari kata dalam bahasa masing-masing untuk siaran domestik.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini