Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Naim Daniel Cedera Di Tangan Kiri Akibat Terjatuh Main Skateboard - “Tangan Okey Tak Patah, Cuma..”

Penyanyi, pelakon dan artis versatil, Naim Daniel dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada tangan kiri selepas terjatuh ketika bermain papan selaju.

Mesra disapa Naim, penyanyi ini bersyukur apabila kecederaan yang dialami tidak begitu serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.

Advertisement

naim daniel cedera di tangan kiri akibat terjatuh main skateboard - “tangan okey tak patah, cuma..”

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Mainan berkongsi foto terkini selepas mendapatkan rawatan di pusat perubatan.

“Tak patah, dislocated pun tak, fractured pun tak. Urat terkejut saja. Semalam lepas settle kat hospital, terus pergi skate balik,” tulisnya di kapsyen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Rata-rata rakan artis dan warganet terkejut melihat kecederaan yang dihadapi Naim ketika bersukan papan selaju itu serta mendoakan agar segera pulih.

Sumber: [1]

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini