Skip to main content

Advertisement

Hiburan

COVID-19: Sebak Dengar Lagu Khas Ciptaan Naim Daniel Untuk Frontliner Ini

Frontliner atau barisan hadapan adalah kumpulan individu yang telah mengorban masa dan tenaga mereka ketika dunia kini dilanda wabak COVID-19.

respek barisan pengamal perubatan kawal covid-19, arahan duduk rumah jadi permintaan

Ekoran daripada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel, telah mencipta sebuah lagu khas yang ditujukan kepada semua frontliner.

Advertisement

covid-19: sebak dengar lagu khas ciptaan naim daniel untuk frontliner ini

Penyanyi berusia 23 tahun ini turut menitipkan doa kepada Tuhan agar wabak COVID-19 ini segera lenyap, selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan frontliner yang terus menjaga kesihatan.

View this post on Instagram

“ YANG PALING DEPAN - ND “ Lagu ini khas buat para frontliners (doktor, nurse, polis, tentera, pengamal media, food delivery guy, cleaner hospital, dan semua lagi yang tak saya sebutkan disini) . Terima kasih kerana terus menerus untuk menyihatkan Malaysia. Moga Allah terus menjaga dan memberi kalian kekuatan. Kami akan terus membantu kalian dengan terus duduk dirumah dan mengikuti arahan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kami. Ya Allah, Kau angkatlah wabak ini dan lenyapkan ia supaya semua yang bertungkus lumus ini mampu pulang ke rumah masing-masing dengan aman dan tenang. Sesungguhnya Engkau Maha Segalanya dan hanya kepadaMu kami yang kerdil lagi hina ini memohon pertolongan. AAMIIN. #kitajagakita

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan oleh penyanyi ini dalam menghargai usaha dan pengorbanan barisan frontliner yang kini sedang berhempas-pulas memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Sumber: Instagram Naim Daniel

ERA Muzik Hit Terkini