
Kecoh di dunia hiburan Korea apabila pelakon Nam Joo-Hyuk terlibat dalam kes buli ketika di bangku sekolah.. Sebelum ini Nam Joo-Hyuk juga terpalit dengan kes buli apabila individu A mendedahkan kepada media bahawa dia dibuli oleh Nam Joo Hyuk dan 15 orang lagi rakannya selama enam tahun ketika di sekolah.
Advertisement
Tetapi dakwaan yang dibuat oleh individu A ini dinafikan oleh agensi SOOP dan mereka telah mengambil tindakan undang-undang kerana berita itu tidak benar.
Kini tampil pula mangsa baru yang dikenali sebagai individu B mendedahkan aktiviti buli di sekolah yang dilakukan oleh Nam Joo Hyuk kepada agensi media Sports Kyunghang pada hari semalam.
Nam Joo Hyuk dikatakan memaksa mangsa bulinya untuk membuka hotspot di smartphone mereka. Malah, individu B mendedahkan Nam Joo Hyuk telah mengambil smartphonenya dan membeli permainan berbayar. Individu B turut meminta ganti rugi dari Nam Joo Hyuk tetapi dia mengendahkan permintaan dari mangsa buli tersebut.
Mangsa buli juga menyatakan jika permintaan Nam Joo Hyuk tidak dilayan, dia dan rakan lainnya akan memaksa mangsa untuk bertarung bersama mereka. Namun mangsa buli berkenaan lebih rela dibelasah kerana tidak mahu terlibat dalam pergaduhan.
Agensi Nam Joo-Hyuk pantas menafikan dakwaan ini dan mengatakan tuduhan terbabit tidak berasas.
Sumber : Remaja