Pelakon, Hafidz Roshdi dalam post terbaru di Instagram miliknya, memberitahu nama anak perempuan sulungnya ialah Humairah.
Tidak seperti trend menamakan nama anak melebihi 3 ke 4 patah perkataan, anak sulungnya yang lahir pada 9 September lalu diberi nama Humairah yang membawa maksud putih kemerah-merahan, yang juga merupakan gelaran isteri Baginda Muhammad, iaitu Aisyah R.A.
Advertisement
Seperti selebriti yang lain, Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri turut mewujudkan akaun IG anaknya @ Humairah.Hafidz
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi