Pada 1 November yang lalu, Nina Ismail Sabri, isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, telah selamat melahirkan anak sulung mereka.
Pasangan terbabit memilih nama Jeanelle Nika Mandagie untuk anak sulung mereka, seperti yang didedahkan di laman Instagram Jovian.
Advertisement
Menurut Jovian, nama tersebut dipilih kerana mempunyai maksud yang unik.
"Banyak yang bertanya makna di sebalik nama anak kami, Jeanelle mulanya terinispirasi dari perkataan “Jannah” tetapi di ubah suai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik menjadi “Jeannelle” yang membawa maksud mulia, manakala “Nika” pula membawa maksud Kejayaan. “Mandagie”, pula maknanya Haute Couture" ujar Jovian di Instagramnya.
Mereka turut mewujudkan akaun Instagram anak mereka sejak sebelum kelahiran Jeanelle lagi dan sehingga kini sudah memiliki pengikut seramai 38.4 ribu.

Sumber: Instagram @jmandagie / @ninaismailsabri / @princessmandagie