Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pernah Merasa Haknya Diambil Orang, Siti Nordiana Lebih Berhati-hati

pernah merasa haknya diambil orang, siti nordiana lebih berhati-hati

Selepas isu masalah rumah tangga Ude dan Intan yang juga suami kepada Izreen Azminda hingga Ude dan isteri pertamanya bercerai, makin ramai selebriti wanita buka suara. 

Advertisement

Siti Nordiana juga pernah merasa betapa peritnya apabila 'haknya diambil orang'. 

Kini Nana semakin berhati-hati dan cuba sebaik mungkin untuk menjaga batas pergaulannya. 

"Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.

"Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.

"Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal," katanya.

Memang betul jodoh semuanya sudah ditentukan oleh Allah, tapi sebagai manusia Nana cuba menjauhi perkara yang boleh menyakiti wanita lain dan berdoa agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah. 

"Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.

"Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.

"Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan," katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini