Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz telah menimang cahaya mata sulungnya pada 26 Jun lalu.

Menerusi update di Instagram, Nazmi meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteri sulungnya itu.
Advertisement
Sambil menzahirkan rasa syukur, Nazmi turut mengucapkan ucapan terima kasih atas doa dan ucapan daripada peminat serta rakan buat dirinya seisi keluarga.
“Assalammualaikum Puteri Sulungku, Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.’’
Nazmi sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Nurul Yasmin pada November 2017 lalu.


Tahniah Nazmi dan Yasmin!
Sumber: Instagram