Pelakon Nazrief Nazri dan isteri, Aizatul Aqma menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh istimewa apabila menimang cahaya mata, pada Isnin.
Menerusi IG Story di laman Instagramnya, Nazrief berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran bayi lelakinya itu dengan penuh kesyukuran.
Advertisement

Malah, anak sulung buat kedua pasangan ini selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 1:12 pagi pada Isnin.
Pelakon itu meluahkan rasa syukur tidak terkira dapat menemani isteri tercinta ketika sedang melahirkan bayi sulung mereka itu.

Setakat ini, pasangan sejoli ini dilihat belum mendedahkan nama yang dipilih untuk anak mereka itu.
Terdahulu, Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.