Persembahan kumpulan K-Pop NCT 127 di Indonesia bertukar trajedi dan terpaksa dihentikan 30 penonton jatuh pengsan. Indonesia masih lagi berduka daripada kejadian insiden rusuhan di Stadium bola sepak bulan lalu di mana 130 orang termasuk 40 kanak-kanak dilaporkan maut.
Kata jurucakap polis, Endra Zulpan berkata konsert kumpulan dari Korea Selatan yang berlangsung pada Jumaat lepas berhampiran Jakarta diadakan selama dua jam selepas penonton mula berasak-asak menghampiri pentas. Tambah beliau, “disebabkan insiden itu, seramai 30 penonton jatuh pengsan, kami terpaksa menghentikan konsert pada jam 9.20 malam (waktu tempatan)”.
Advertisement
Kata salah seorang penonton, Syifa Aulia, beliau berasa amat kecewa dengan tindakan penonton lain. Beliau turut memberi amaran supaya jangan menolak antara satu sama lain. Akan tetapi demi mendapatkan rakaman terbaik, penonton yang sanggup mengabaikan keselamatan orang lain.
Muat naik dari laman instagram penganjura konsert berkenaan, Dyandra Global Edutainment memberikan kenyataan dengan menyatakan, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, mereka akan menambah anggota paramedik dan petugas keselamatan pada hari kedua itu.