Neelofa dan PU Riz, pasangan selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia seni. Anak kepada pasangan ini telah mendapat perhatian sejak beliau di dalam kandungan lagi.
Menurut Neelofa, selain daripada menguasai Bahasa Melayu, dia ingin Bilal fasih berbahasa Arab dan Inggeris. “Sebenarnya, saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya juga nak diri saya boleh bertutur dalam bahasa tersebut. Kalau saya sendiri tidak tahu, bagaimana saya nak berkomunikasi dengan anak saya.
“Jadi, saya sudah mula dedahkan Bilal dengan bahasa Melayu, bahasa Inggeris,” tambah bekas pengacara Meletop itu.
Advertisement

Neelofa juga memberitahu beliau merancang untuk menghantar Bilal ke sekolah beraliran bahasa Arab dan menitik beratkan agama Islam. Neelofa juga berkata sebab mengapa beliau ingin mahirkan diri dalam bahasa Al-Quran kerana beliau sudah merancang akan mengikuti suami melanjutkan pengajian di Tanah Arab pada tahun depan.