Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Mama Sentiasa Jadi Rumah Saya” – Neelofa Dedah Erti Pengorbanan Seorang Ibu

“mama sentiasa jadi rumah saya” – neelofa dedah erti pengorbanan seorang ibuFoto: Instagram

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menzahirkan penghargaan mendalam kepada ibunya, Datin Noor Kartini, sempena ulang tahun kelahiran wanita itu yang ke-59, semalam.

Advertisement

Menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram, Neelofa, 36, meluahkan bahawa ibunya bukan sahaja figura yang membesarkannya, tetapi juga menjadi sahabat karib dan sumber kekuatan utama dalam kehidupannya sejak kecil.

“Sepanjang membesar, mama bukan sekadar ibu tetapi juga sahabat baik saya. Ke mana sahaja mama pergi, saya ikut. Sampai waktu mama tidur pun, saya duduk sebelah sambil siapkan kerja sekolah,” tulisnya.

Menurut bekas pengacara MeleTOP itu lagi, impian dan dunianya sejak kecil hanyalah satu iaitu untuk menjadi insan terbaik buat ibunya.

Mengimbas zaman persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Neelofa berkata, meskipun perlu mula berdikari, sokongan dan doa ibunya tetap menjadi kekuatan yang mendorongnya ke hadapan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

“Mama tak pernah gagal mendoakan saya. Dari dulu sampai sekarang, mama tetap penyokong nombor satu. Selalu tanya tentang minat saya dan beri pandangan dengan penuh kasih sayang,” katanya lagi.

Neelofa turut menegaskan bahawa setiap kejayaan yang dicapai dalam hidup adalah hasil daripada restu dan pengorbanan ibu tercinta yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga.

“Mama tak pernah buat saya rasa kecil, malah beri keyakinan dan buat saya rasa dihargai. Seorang ibu yang sentiasa bekerja keras bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk kami sekeluarga,” tambahnya.

Dalam luahan penuh emosi itu, Neelofa turut menzahirkan kesyukuran kerana dikurniakan ibu sekuat dan sepenyayang Datin Noor Kartini. Beliau mendoakan agar ibunya terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat Ilahi.

“Saya syukur sangat pada Allah kerana menghadirkan mama dalam hidup saya. Terima kasih sebab jadi suara yang tak pernah putus asa untuk saya, atas kekuatan dan doa mama yang tiada penghujungnya. Saya akan sayang mama sampai bila-bila,” katanya menutup nukilan tersebut.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini