Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Neelofa Sedia Bersemuka Dengan Fazura, Mahu Tamatkan Konflik 13 Tahun

Pengacara dan Usahawan popular, Neelofa memaklumkan bahawa dia sedia berdamai bersama aktres popular, Fazura kerana sudah lelah dengan konflik dingin yang melanda oleh mereka berdua.

Neelofa menjelaskan bahawa perkara ini telah berlaku belasan tahun, dan tidak mahu menunggu bertahun lamanya lagi untuk melakukan sesuatu. Dia memaklumkan perkara ini perlu dihentikan kerana kedua-dua mereka telahpun berkeluarga.

Advertisement

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

 

“Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.”

Neelofa turut memaklumkan bahawa jika diberi peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segala perkara yang telah terjadi ke belakang, dia akan menyambut peluang itu dengan baik.
Dia sempat menjelaskan bahawa mereka berdua tiada sebarang masalah, orang luar sahaja yang berlebihan.

Semoga Neelofa dan Fazura dapat berdamai semula.

ERA Muzik Hit Terkini