Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Sepohon Kayu Bukan Lagu Raihan”, Neelofa Kena Bahan Salah Sebut Tajuk Lagu

Penyanyi, Alif Satar pernah tular bersama kumpulan nasyid Raihan menerusi comeback lagu ‘Sesungguhnya’.

Terbaru, Alif bersama Raihan telah dijemput untuk ke rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa, bagi berkongsikan perkembangan mereka dalam bidang seni.

Advertisement

“sepohon kayu bukan lagu raihan”, neelofa kena bahan salah sebut tajuk lagu

Namun apa yang mencuri perhatian ialah, Neelofa tersalah sebut tajuk lagu kumpulan Raihan dengan menyatakan tajuk lagu ‘Sepohon Kayu’, sedangkan ia sebenarnya lagu kumpulan ‘Saujana’.

“sepohon kayu bukan lagu raihan”, neelofa kena bahan salah sebut tajuk lagu

Disebabkan itu, Neelofa dibahan oleh Nabil dan ahli kumpulan Raihan sendiri dipenghujung temubual itu.

“Sepohon Kayu bukan lagu Raihan..” (minit 3:15, 4:38 & 7:10)

Disebabkan itu, rata-rata netizen mempertikai sikap Neelofa yang tidak membuat ‘research’ sebelum ke set pengambaran.

ERA Muzik Hit Terkini