Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mohon Doa Agar Istiqamah, Neelofa Kini Tampil Berpurdah

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa kini tampil dengan imej berpurdah.

mohon doa agar istiqamah, neelofa kini tampil berpurdah

Menerusi hantaran di Instagram, kelihatan Neelofa kini telah berniqab, dan dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Advertisement

Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berads dalam rahmat dan ehsannya,” kata personaliti itu lagi.

Keputusan Neelofa untuk tampil berhijab juga disambut penuh kesyukuran oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

"Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

"Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku @neelofa," tulis Noor Kartini.

ERA Muzik Hit Terkini