Penyanyi, Neeta Manishaa tampil kembali di media sosial selepas lebih seminggu menyahaktifkan semua platform media sosial akibat emosi terganggu.

Advertisement
Tindakan penyanyi itu dibuat susulan seseorang individu menyebarkan video tular yang menyebabkan maruahnya tercalar.
Neeta bagaimanapun bersyukur dengan sokongan rakan-rakan artis, keluarga dan para peminat mengenai keadaannya.
“Kepada semua yang telefon, mesej, DM, saya baca dan menghargai setiap orang dan mesej yang diberikan,” katanya.

Sebagai anak seni, Neeta menganggap ia salah satu cabaran yang perlu dilalui dan lumrah seorang artis.
Dia juga sudah memaafkan individu tersebut dan berharap lebih ramai individu di luar sana berhati-hati ketika menggunakan media sosial.
“Anda kena tahu setiap hantaran di media sosial perlu diambil tahu. Ia mungkin nampak kelakar bagi kamu tapi ini bukan dunia anda sahaja,” ujarnya.
Sumber: Instagram