Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Patut Saya Kahwin Tahun Lepas Tapi …”, Nelydia Senrose Dedah Punca

“patut saya kahwin tahun lepas tapi …”, nelydia senrose dedah punca

Pelakon, Nelydia Senrose, mendedahkan yang beliau sepatutnya berkahwin dengan kekasihnya, Hafiz, pada tahun lalu, tetapi ia terpaksa ditunda.

Advertisement

Dipetik daripada portal Gempak, Nelydia memberitahu perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya terpaksa ditangguhkan dek kerana kekangan kerja.

“patut saya kahwin tahun lepas tapi …”, nelydia senrose dedah punca

“Sebenarnya, saya merencana untuk menamatkan zaman bujang tahun lalu. Namun begitu, perancangan terbabit tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kerja.

"Pada penghujung tahun pula, saya sudah sibuk dengan persiapan untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga dan berlepas ke Tanah Suci Mekah.

"Saya terfikir, mungkin juga masanya belum tiba, sebab itu perancangan terbabit tidak menjadi kenyataan.

"Ketika mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini, saya juga ada berdoa agak urusan perkahwinan saya dipermudahkan tahun ini. Insya-Allah, saya bakal meneruskan perancangan berkahwin pada tahun ini," kata Nelydia.

“patut saya kahwin tahun lepas tapi …”, nelydia senrose dedah punca

Beliau juga enggan mendedahkan tarikh yang dirancang untuk menamatkan zaman bujang dan akan berkongsi berita gembira sekiranya telah bersedia dengan persiapan akhir.

Sumber: Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini