Pelakon, Nelydia Senrose, 24, hari ini selamat diijabkabulkan bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pada jam 3.28 petang.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dalam satu majlis tertutup disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Advertisement
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM10,000 bersama 9 dulang hantaran berbalas 11.
Kedua-dua pasangan mula mengenali antara satu sama lain pada 6 April 2017. Setahun kemudian, Hafez melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda.
Terdahulu, Nelydia Senrose menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik foto bersama suaminya dengan kapsyen 'I shall see you tomorrow on our nikah day?', dan ia dihujani dengan ribuan ucapan tahniah.
Tahniah Nelydia dan suami!
Sumber: Instagram
