Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Kurang Senang Lihat Aksi Mesra Ayda Jebat & Nabil Mahir Di IG Story

Selepas hampir sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat sering berkongsi momen bahagia mereka untuk tatapan umum.

netizen kurang senang lihat aksi mesra ayda jebat & nabil mahir di ig story

Advertisement

Namum baru-baru ini, kisah pasangan itu menjadi perhatian ramai selepas Ayda dilihat memuatnaik video di Insta Story menunjukkan Nabil tidak berhenti mencium isterinya itu.

Malah, Ayda turut mendedahkan Nabil juga suka menghidu ketiaknya dan tidak menyangka suaminya itu suka berbuat sedemikian.

netizen kurang senang lihat aksi mesra ayda jebat & nabil mahir di ig story

Namun begitu, perkongsian pasangan suami isteri ini tidak disenangi oleh warganet sambil beranggapan ia terlalu privasi untuk ditunjukkan kepada umum.

Antara komen dari warganet adalah seperti:

“Tak senonoh betul Insta Story Ayda Jebat sejak-sejak kahwin. Audience dia banyak budak sekolah kot”

“Okay baru lepas tengok haha eeii geli sis. Perlu ke nak tunjuk semua tu?”

“Tu la, perasan juga, macam melampau pulak. Tak kan la hal dalam kain pun nak tunjuk”

“Orang baru rasa ada suami memang macam tu, semua nak show off. Tak jeles tapi nyampah”

Terdahulu, Ayda dan Nabil diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tapi pertunangan.

Sumber: Instagram / Rotikaya

ERA Muzik Hit Terkini