Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bergambar Dalam Kereta, Netizen Speku Intan Najuwa Kembali Pada Tunang?

Akhir Februari lalu, pelakon Intan Najuwa membuat pengakuan bahawa ikatan pertunangannya bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli telah pun berakhir.

Bagaimanapun, menerusi update terbaru di Instagram, pelakon berusia 22 tahun ini dilihat berkongsi sekeping foto dalam sebuah kenderaan bersama seorang lelaki.

Advertisement

bergambar dalam kereta, netizen speku intan najuwa kembali pada tunang?

Tidak dapat dipastikan siapa lelaki itu namun warganet mula berteka-teki bahawa lelaki itu adalah bekas tunangnya sebelum ini.

bergambar dalam kereta, netizen speku intan najuwa kembali pada tunang?

Perkongsian Intan Najuwa ini juga membuatkan netizen spekulasi bahawa pelakon ini telahpun kembali bersama tunangnya meskipun telah putus tunang pada Februari lepas atas alasan tiada jodoh dan persefahaman.

tunang enggan komen foto mesra, pu syed cadang zul ariffin dan intan najuwa bernikah

Terdahulu, Intan dan Razrul telahpun melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru, dan disahkan putus tunang selepas membuat keputusan dengan kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

ERA Muzik Hit Terkini