Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Misteri Dilaila, Filem Seram Arahan Syafiq Yusof Bakal Menghantui Pawagam

tampil kelainan, netizen tak sabar nak tunggu misteri dilaila!

Mengisahkan dua pasangan muda, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Frasser Hill milik arwah bapa Dilaila.

Malam pertama di rumah tersebut, Jefri diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati Isterinya sudah hilang.

Jefri menjadi risau dan menghubungi pihak Polis Frasser Hill untuk mengesan isterinya. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan bahawa isteri Jefri sudah di jumpai serta dalam keadaan selamat.

Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isteri beliau kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri kepada Jefri. 

Namun siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini menjadi tanda - tanya dan persoalan.

Jangan lupa nantikan kemunculan filem plot twist akhir yang anda sendiri takkan terfikir apa akan terjadi di pawagam berdekatan anda pada 21 Februari ini yang menampilkan pelakon hebat Zul Ariffin, Elizabeth, Namron, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.

ERA Muzik Hit Terkini