Foto: Instagram
Kumpulan popular K-pop, NewJeans akhirnya mencapai persetujuan untuk kembali bernaung di bawah label asal mereka, ADOR, selepas berbulan-bulan berdepan isu undang-undang dan spekulasi mengenai masa depan kumpulan itu.
Advertisement
Menurut laporan media Korea, keputusan tersebut dibuat selepas beberapa siri rundingan antara pihak pengurusan ADOR dan kelima-lima ahli kumpulan iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein. Kesemua mereka bersetuju untuk meneruskan kerjaya seni bersama label yang sama seperti sebelum ini.
Pertikaian antara kedua-dua pihak bermula apabila kontrak eksklusif NewJeans dibawa ke mahkamah bagi menentukan kesahihan perjanjian asal. Berdasarkan keputusan terbaru, kontrak tersebut masih sah hingga tahun 2029, sekali gus menamatkan sebarang kemungkinan kumpulan itu menandatangani kontrak baharu dengan agensi lain.
All five members of NewJeans have decided to return to ADOR pic.twitter.com/WgZSUBvJrm
— NJZ Base (@njzbase) November 12, 2025
Keputusan untuk kembali kepada ADOR dilihat sebagai langkah penting untuk memulihkan keharmonian dan kestabilan kumpulan itu selepas melalui tempoh sukar yang penuh tekanan dan spekulasi.
Beberapa sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa ADOR kini sedang merancang kemunculan semula rasmi NewJeans dengan projek baharu sebagai simbol permulaan baharu bagi kumpulan tersebut.
Langkah ini bukan sahaja menamatkan krisis panjang antara artis dan label, tetapi juga memberi kelegaan kepada peminat di seluruh dunia yang menantikan kembalinya kumpulan itu ke pentas hiburan antarabangsa.
Sumber: The Korea Times