Foto: Soompi
Kumpulan popular K-pop, NewJeans, dilaporkan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti promosi secara bebas sehingga tahun 2029 selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap syarikat mereka sendiri, ADOR yang berada di bawah naungan HYBE.
Advertisement
Keputusan itu dibuat oleh mahkamah di Seoul yang mengekalkan kontrak eksklusif kumpulan tersebut bersama ADOR, sekali gus menolak permohonan mereka untuk keluar lebih awal daripada perjanjian sedia ada.
Keputusan ini menyebabkan semua ahli NewJeans tidak boleh mengadakan sebarang aktiviti promosi, projek solo atau kolaborasi tanpa kebenaran rasmi daripada agensi.
Perkembangan ini turut menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peminat yang bimbang situasi itu akan menjejaskan momentum kumpulan muda tersebut yang kini berada di puncak populariti.
Di media sosial, ramai warganet Korea meluahkan kebimbangan bahawa tempoh lima tahun tanpa kebebasan promosi akan memberi kesan besar terhadap kerjaya kumpulan itu.
Ada juga yang berharap pihak ADOR dan HYBE dapat mencari jalan penyelesaian agar NewJeans dapat terus aktif dalam industri hiburan tanpa dibelenggu isu kontrak yang rumit.
Sumber: Soompi