Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nia Ramadhani Geram Anak Menangis Sebab Baca Komen Jahat Netizen

Pelakon dari Indonesia, Nia Ramadhani meluahkan rasa geram dan marah dengan netizen yang memberikan komen negatif di laman sosial anaknya, Mikhayla.

nia ramadhani geram anak menangis sebab baca komen jahat netizen

Advertisement

Anaknya yang baru berusia 8 tahun juga menangis membaca komen-komen negatif itu, membuatkan ibunya buka mulut.

nia ramadhani geram anak menangis sebab baca komen jahat netizen
 

“Ini sebab mama tak mahu kamu ada Instagram kerana komen-komen yang begini.

“Mereka tidak fikir perasaan kamu, suka-suka sahaja cakap. Jangan baca semuanya, mereka tidak kenal kamu, mereka tidak tahu kita.”, katanya.

Disebabkan itu juga, Nia turut menasihatkan anaknya agar berfikir panjang sebelum melontar sebarang komen, supaya anaknya tidak bersikap seperti netizen berkenaan.

“Saya tidak faham dan kesal, saya tidak pernah buat seperti itu tapi anak saya yang jadi mangsa komen negatif. Benci!” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini