Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nia Ramadhani Mengaku Pakai Rantai 2 Ringgit Tapi Nampak Mewah

Pelakon dari seberang, Nia Ramadhani mengaku tidak memerlukan barangan mahal untuk kelihatan mewah, kerana tahu cara untuk berhias meskipun menggunakan barangan yang murah.

nia ramadhani mengaku pakai rantai 2 ringgit tapi nampak mewah

Advertisement

Menurutnya, dia pernah memakai seutas kalung berharga sekitar 8,500 rupiah (kira-kira RM2.45), namun masih tampil seolah-olah bergaya mewah.

Ia selepas seorang jurusolek bertanyakan Nia tentang barangan termahal yang pernah dibeli pelakon berkenaan.

Nia sebaliknya enggan menjawab soalan tersebut, dan menolak skeptikal bahawa seseorang perlu beli barangan mahal untuk kelihatan mewah.

“Kenapa harus beli yang mahal?

“Sebenarnya kamu tidak perlu membeli barangan mahal jika kamu tahu cara untuk menonjolkan diri dan wajah supaya kelihatan mewah,” ujarnya.

Sebelum ini, Nia juga pernah mendedahkan kehidupannya ketika remaja adalah susah, malah terpaksa menaiki van ‘angkot’ untuk ke sekolah.

nia ramadhani dulu pernah hidup susah, kena naik van pergi sekolah

Sumber: Liputan6

ERA Muzik Hit Terkini