Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nia Ramadhani Mengaku Kali Terakhir Basuh Pinggan Masa Umur 12 Tahun, Netizen Terhibur

Jika sebelum ini nama pelakon daripada seberang, Nia Ramadhani pernah menjadi trending gara-gara aksinya tidak dapat membuka buah salak, kali ini lain pula ceritanya.

nia ramadhani mengaku kali terakhir basuh pinggan masa umur 12 tahun, netizen terhibur

Advertisement

Baru-baru ini, pelakon ini telah ditemuramah dalam program Ngopi Dara, dan mengakui sudah hampir berbelas tahun dia tidak pernah melakukan kerja rumah mahupun tugasan harian termasuk mencuci pinggan mangkuk.

Menurut Nia, dia sudah hampir 17 tahun tidak pernah ke dapur kerana semua itu dilakukan oleh pembantu rumahnya.

nia ramadhani mengaku kali terakhir basuh pinggan masa umur 12 tahun, netizen terhibur

Nia juga telah dicabar oleh pengacara Jessica Iskandar, untuk membasuh pinggan mangkuk di set pengambaran berkenaan.

Aksi Nia mencuci pinggan di studio itu turut mencuit hati penonton apabila selamba mencuci pinggan tanpa mengenakan sarung tangan yang diberikan padanya.

Sumber: Liputan6

ERA Muzik Hit Terkini