Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rody Kristal, Niena Azman Sebak Apabila 12 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Pohon Doa Peminat

Niena Azman yang merupakan isteri kepada gitaris Kristal, Rody memaklumkan seramai 12 orang ahli keluarga mereka telah dijangkiti wabak COVID-19.

rody kristal, niena azman sebak apabila 12 ahli keluarga positif covid-19, pohon doa peminat

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Niena berkongsi berita duka yang menimpa keluarga mereka bersama pengikutnya.

“Ya Allah sesungguhnya kamki reda dengan ujian yang telah kau berikan. Kau permudahkan proses pemulihan di antara kami.

“Kesemua ahli keluarga kami 12 orang didapati positif termasuk Adith,” katanya.

rody kristal, niena azman sebak apabila 12 ahli keluarga positif covid-19, pohon doa peminat

Namun, Niena juga memaklumkan kebanyakan keluarganya tiada sebarang tanda-tanda yang berat sehingga memudaratkan kesihatan mereka.

“Tapi kami syukur tujuh daripadanya tak mengalami simptom yang teruk. Mak dan ayah okey lagi setakat ini. Doakan mak dan ayah terus kuat ya,” ujarnya.

Niena sekeluarga berharap agar semua urusan mereka dipermudahkan dan memohon doa peminat untuk mendoakan kesihatan mereka sekeluarga.

“Perkataan yang tak mampu nak diluahkan. Doa kalian semua sangat kami hargai. Terima kasih semua,” katanya.

Sumber: Instagram Niena Azman

ERA Muzik Hit Terkini