Selepas isu memperagakan pakaian sambil memegang rokok di pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week, kini muncul pula berita kurang enak tentang Noh Salleh apabila viral videonya meludah kepada penonton di sebuah konsert baru-baru ini.
Malah ada juga video memaparkan Noh membaling mic stand ke arah penonton dan melalui ciapan twitter yang memaparkan video tersebut, ada pengguna Twitter yang mendakwa seorang wanita dan pengawal keselamatan terkena mic stand itu yang boleh menyebabkan kecederaan.
Advertisement
Rata-rata netizen mengecam tindakan Noh Salleh dan berasa pelik dengan kelakuan Noh ketika ini.
.
:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022