Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jaga Nama Baik Kumpulan, Noki K-Clique Tak Mahu Panas Baran Lagi

Salah seorang ahli kumpulan K-Clique, Noki mengakui kini sedang berusaha mengikis sikap panas baran dalam dirinya supaya tidak dipandang serong masyarakat.

jaga nama baik kumpulan, noki k-clique tak mahu panas baran lagi

Advertisement

Menurut Noki, ia adalah bagi menjaga nama baik kumpulan serta dirinya sendiri, memandangkan ia adalah sumber pencarian utamanya.

Tambah Noki, beliau bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang positif, khasnya ahli kumpulan K-Clique sendiri yang banyak menegur dan memberikan nasihat supaya tidak melayan komen atau perkara yang boleh mencetuskan kemarahannya.

Noki berkata, sikap panas baran itu juga bukan berlaku setiap masa, dan ia bergantung kepada situasi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94) on

"Prinsip saya mudah. Orang luar jangan sentuh ibu bapa saya atau cuba melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati.

“Tidak semua perkara saya mudah 'naik hantu'. Tengok juga keadaan dan situasi, cuma baru-baru ini apabila saya memaki hamun seorang pemilik akaun di Instagram Live sebab dia bersikap kurang ajar hingga membabitkan kedua orang tua saya," katanya.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini