Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Noor Nabila Dan Engku Emran Selamat Nikah!

Teka teki soal kisah percintaan antara Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka selamat melangsungkan pernikahan pagi ini.

noor nabila dan engku emran selamat nikah!

Advertisement

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada usahawan Neelofa itu melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di masjid tanpa hebahan kepada pihak media atau peminat.

Engku Emran menghadiahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin di majlis tersebut.

Menerusi hantaran video pendek di Insta Story Neelofa, memaparkan Engku Emran melafazkan akad nikah.

noor nabila dan engku emran selamat nikah!

Adik Noor Nabila iaitu Ameera Khan atau lebih mesra disapa LMK turut memuat naik beberapa gambar di Insta Story suasana di majlis tertutup tersebut.

noor nabila dan engku emran selamat nikah!

noor nabila dan engku emran selamat nikah!

noor nabila dan engku emran selamat nikah!

Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.
Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: Instagram / Awani

ERA Muzik Hit Terkini