Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isteri Sharnaaz Ahmad Sahkan Fail Penceraian

Selepas timbul spekulasi berhubung Instastory dihadapan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, yang dibuat isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya.

neelofa respon isu rumah tangga kakaknya bersama sharnaaz

Advertisement

Memetik pengakuan kakak kepada pengacara terkenal Neelofa itu, beliau mengesahkan sudah memfailkan penceraian dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.


Sharnaaz, 34, dan Nabila sudah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini